"Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa
Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak – balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah
Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu
Ya… Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasad dan tidak berdendam sesama manusia
Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini"
Allah aturkan antara kita SATU perkenalan,
dalam satu perkenalan ditetapkan DUA hati,,awak dan saya..
dalam dua hati,Allah berikan TIGA rasa.,sayang,kasih dan kasihan,,
dalam tiga rasa itu,,diselitkan EMPAT tujuan,,berkenalan,berteman,berkawan,dan bersama,,
dalam empat perkara itu,,tersembunyi LIMA perkataan,,Teman Baik Selalu Di Sisi,,
dalam lima perkataan itu tersembunyi ENAM impian iaitu sayang,kekal,setia mengerti,menghargai dan mengingati,,
serta dalam enam perkataan itu tersimpul TUJUH huruf iaitu SAHABAT...
zaman sekarang ni terlalu ramai graduan yang menganggur keranatidak mendapat pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan..
namun,kita sedar atau tidak bahawa sesungguhnya kita boleh melakukan apa jua pekerjaan walaupun tidak setaraf dengan kelulusan yang ada??
tidakkah anda tahu redha ALLAH itu ada dimana saja,asalkan pekerjaan yang dilakukan itu halal dan membawa kepada kebaikan..jom kita tengok kisah benar srikandi islam pd zaman nabi muhammad yang sanggup berjihad di jalan ALLAH dengan pekerjaan biasa yang dilakukan oleh orang zaman sekarang..
UMUR BUKAN HALANGAN
Keikhlasan hati dan kesungguhan yang diperlukan untuk berjihad dalam islam tidak kira dalam apa-apa jua cara sekalipun.Seperti mana kisah wanita tua salah seorang penduduk madinah ini yang sanggup bekerja sebagai tukang sapu di Masjid Nabawi.
Tidak ramai yang sanggup melakukan perkara seperti ini kerana dicemuh masyarakat.
Ummu Mihjan merupakan wanita berkulit hitam didalam golongan orang-orang miskin yang sentiasa mendapat perhatian Rasulullah SAW.Menyedari dirinya yang sudah tua serta tidak berupaya,dia menggagahkan diri untuk berkhidmat demi ALLAH.
Oleh itu,dia membuat keputusan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar Masjid Nabawi seperti menyapu dan membuang sampah yang berselerakan dikawasan masjid.
SENTIASA DIINGATI NABI MUHAMMAD SAW
Oleh sebab kerajinannya itu,Rasulullah dan para sahabat sentiasa mengingati jasa bakti orang tua itu.
Kerja kerasnya memberikan keselesaan dan kesenangan kepada setiap umat Islam yang memasuki Masjid Nabawi. Tempat suci itu bukan saja tempat untuk mengerjakan solat,tetapi untuk berdiskusi juga.
Jika hendak dibandingkan dengan masyarakat sekarang yang memilih pekerjaan,pastinya pekerjaan seumpama ini tidak ingin dilakukan kerana tarafnya rendah.
Tetapi berlainan pula dengan Ummu Mihjan ini yang langsung tidak berasa malu dan merendah diri dengan apa yang dilakukan.Baginya kewajipan terhadap agama telah dilaksanakan kerana itu sahaja ibadah pekerjaan paling maksimum dia boleh lakukan untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Tugasnya berkekalan hingga beliau wafat,pada saat hari sudah larut malam.
Dengan rasa penuh penghormatan,para sahabat telah membawa jenazahnya kepada Nabi Muhammad SAW namun ketika itu baginda sedang lena tidur.Para sahabat sepakat untuk mempercepatkan proses pemakamannya selepas dimandikan dan disolatkan walaupun tanpa kehadiran kekasih ALLAH itu.
Keesokan hari,lantas Rasulullah SAW menyedari akan ketiadaan wanita tua itu lalu para sahabat bercerita kepada baginda perkara yang sebenar.
<$BlogItemCommentCount$> Komentar:
<$BlogCommentBody$>
<$BlogItemCreate$>
<< Home